Pembekal Daging Ayam Halal dan Segar Serata Malaysia

Ditubuhkan pada tahun 2017 atas nama perniagaan LADANG HIJAU SUPPLY yang termaktub di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mengamalkan prinsip "hanya yang segar dari Ladang Hijau Supply" pada ketika itu dengan menjalankan khidmat jualan borong & runcit, serta barangan basah dan kering terus kepada pengguna, agensi mahupun restoran yang terlibat secara langsung.

Kini pada tahun 2021, LADANG HIJAU SUPPLY melebarkan sayap dengan menggandakan jualan dan rangkaian produk secara terus kepada pengguna. Hasil pemprosesan ayam segar dari rumah sembelihan milik LADANG HIJAU SUPPLY sendiri, kapasiti pemprosesan boleh mencapai minimum 3 tan sehari mengikut tempahan semasa. Tambahan lagi dengan milikan ladang ternakan ayam kampung kacukan mahupun asli yang dipantau ketat oleh pengurusan LADANG HIJAU SUPPLY yang profesional, LADANG HIJAU SUPPLY komited untuk memastikan jaminan kepuasan pelanggan melalui produk halal tanpa was-was dan perkhidmatan berkualiti agar dapat menjadi peneraju halal yang terunggul bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global.

Image

Visi dan Misi Syarikat


VISI

Peneraju produk halal tanpa was-was.

MISI

Mengutamakan produk halal dan perkhidmatan
berkualiti kepada pelanggan.

JAMINAN KEPADA PELANGGAN

Memastikan jaminan kepuasan pelanggan melalui
produk halal dan perkhidmatan berkualiti.

Image
Image
Image

Ayam SEGAR, HALAL dan BERSIH Pilihan Ramai!

Ayam SEGAR, HALAL dan BERSIH Pilihan Ramai!

Promosi Terbaik Dari Kami

Jom lihat promosi kami

Promosi Tiap Hari

Bekalan ayam segar, halal & bersih PILIHAN RAMAI! Di mana lagi kalau bukan LADANG HIJAU! Jom dapatkan di Lot Ladang Hijau Supply (My Farm Outlet Presint 9, Putrajaya) ATAU klik butang di bawah untuk tempahan secara atas talian. SEGAR dari ladang, SEGERA ke pintu anda!
 
 
 
 
 
 

Promosi Harga Borong

Ladang Hijau tawarkan HARGA ISTIMEWA untuk pembelian secara BORONG! Sesuai untuk anda yang berniaga, yang akan mengadakan kenduri-kendara, yang ingin mengagihkan bantuan makanan, atau mungkin AJK kawasan kejiranan yang berminat kumpul tempahan beramai-ramai. Inilah peluang anda untuk BERJIMAT! Kami juga sediakan perkhidmatan PENGHANTARAN & POTONG AYAM SIAP-SIAP mengikut citarasa/keperluan anda.
 

Bekalan Segar Tiap Hari

Hanya bekalan ayam paling SEGAR, BERSIH & HALAL kami tawarkan untuk anda! Jom dapatkan di Lot Ladang Hijau Supply (My Farm Outlet Presint 9, Putrajaya ATAU klik butang di bawah untuk tempahan secara atas talian. SEGAR dari ladang, SEGERA ke pintu anda!
 
 
 
 
 
 

Ikuti Media Social Kami Untuk Informasi Terkini

Ladang Hijau Supply

Kami adalah pembekal daging ayam
Halal dan segar serata Malaysia. Kami
menjalankan khidmat jualan borong &
runcit, serta barangan basah dan kering
terus kepada pengguna, agensi mahupun
restoran.